|
9 Januari 2008 | Berita Harian
PKPIM sokong boikot produk AS
PERSATUAN Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengecam sekeras-kerasnya operasi ketenteraan rejim Israel ke atas Gaza. Ratusan nyawa orang awam terbunuh akibat kezaliman terbaru rejim Zionis.
PKPIM menolak sebarang justifikasi undang-undang antarabangsa atas nama hak pertahanan diri yang dipertahankan oleh Kerajaan Israel dan sekutunya.
PKPIM menganggap operasi ketenteraan itu sebagai satu lagi bukti sah dan jelas pencabulan undang-undang antarabangsa dalam erti kata sebenar.
Rejim Israel dan negara sekutunya adalah musuh sebenar yang perlu dihapuskan demi keamanan dan keharmonian dunia.
Sehubungan itu, PKPIM menyokong penuh usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menggesa diadakan persidangan tergempar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mendesak campur tangan badan dunia itu dalam mengutuk dan menghentikan kekejaman rejim Israel terhadap Gaza.
PKPIM juga mendukung saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memboikot produk Amerika Syarikat (AS) dan penggunaan dolar.
|