MYDIN menjalankan aktiviti perniagaan runcit dan borong serta memiliki kepelbagaian dalam rangkaian produk yang ditawarkan kepada para pelanggannya iaitu dari makanan sehinggalah kepada barangan keperluan isi rumah. Produk makanan yang dijual terdiri dari konfeksi, delikatesen dan produk berasaskan tenusu serta minuman. Turut dijual ialah barangan perkakasan, barangan elektrik, alat tulis, barangan tembikar serta permainan. Tidak ketinggalan barangan kosmetik, barangan kelengkapan diri, tekstil, barangan keperluan wanita /lelaki/bayi/kanak-kanak dan juga alat kelengkapan sukan. MYDIN juga merupakan pusat penjualan pelbagai barangan Muslim.
Sejak ditubuhkan di Pantai Timur pada tahun 1956, MYDIN telah berkembang dengan begitu pesat dan kini terdapat 47 buah cawangan MYDIN termasuk 3 Pasaraya Besar (USJ & Kuala Terengganu), 19 Emporium, 2 Bazaar (Melaka & Putrajaya), 14 Mini Market (MyMYDIN), dan 4 Kedai Serbaneka (MyMart) serta 5 kedai francais Mydin Mart.
Anak-anak Tuan Mydin iaitu Murad Ali bin Mydin Mohamed, Ahimmat bin Mydin Mohamed dan Salim bin Mydin Mohamed merupakan tulang belakang pembangunan syarikat di samping peneraju utama iaitu Dato’ Ameer Ali bin Mydin yang sentiasa memastikan kelancaran urusan perniagaan syarikat ini.
MYDIN memiliki kelebihannya yang tersendiri berbanding pesaingnya dalam aspek perolehan barangan secara terus dari pengilang. Pembelian barangan dalam skala yang besar amat sinonim dan telah menjadi praktis syarikat ini dan secara tidak langsung memberi keupayaan kepada MYDIN untuk mendapatkan barangan pada kos yang lebih rendah. Kelebihan ini membolehkan MYDIN untuk sentiasa memenuhi falsafah perniagaannya dalam menjual barangan pada harga borong kepada para pelanggannya yang terdiri dari pengguna akhir, pemborong dan juga peruncit kecil.
Barangan kilang diperolehi dari pengilang tempatan dan juga negara asing seperti Bangladesh, China, Perancis, Hong Kong, India, Indonesia, Korea, Pakistan, Singapura, Taiwan, Thailand, Turki , United Arab Emirates dan United Kingdom.
|
|