ext2 ext3 ext4
Pilih bahasa anda:
B.INGGERIS | B.MALAYSIA
Main  >  Kempen derma darah di tiga lokasi


Utusan Online | 15th April 2009

Kempen derma darah di tiga lokasi

MELAKA 14 April - Unit Tabung Darah Jabatan Patalogi Hospital Melaka akan menganjurkan kempen derma darah di tiga lokasi utama dalam usaha menambah bekalan darah yang sedia ada.

Tiga lokasi tersebut ialah Pasar Raya Mydin, Ayer Keroh; Discovery Cafe, Jalan Bunga Raya dan Gateway Christian Fellowship, Jalan Kesidang 3/11, Off Jalan Tun Perak bermula Sabtu dan Ahad ini.

Unit Tabung Darah dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, kempen derma darah di pasar raya Mydin akan bermula dari pukul 11 pagi hingga 5 petang, Discovery Cafe pula dari 8.30 pagi hingga 2.30 petang.

Manakala Gateway Christian Fellowship pula akan menganjurkan kempen tersebut bermula 12 tengah hari.

Sehubungan itu, orang ramai dipelawa untuk menderma darah di tiga lokasi yang telah disebutkan itu.

Sebarang maklumat mengenai kempen tersebut boleh menghubungi Mohd. Noor Samion atau Mohamad Khir di talian 06-2707279/7280.
© Copyright 2007. All rights reserved. Powered by