ext2 ext3 ext4
Pilih bahasa anda:
B.INGGERIS | B.MALAYSIA
Main  >  Mydin rancang bina... -Sinar Harian


Sinar Harian | 6hb Mac 2010

MYDIN RANCANG BINA PASAR RAYA TERBESAR

KOTA BHARU - Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) kini dalam proses terakhir untuk membina pasar raya terbesar miliknya yang bernilai RM200 Juta di Tunjung dekat sini.

Pengarah urusannya, Dato' Ameer Ali Mydin berkata, pasar raya itu akan dibina di atas tanah berkeluasan 18 ekar yang diperoleh pihaknya dan dijangkakan  ia mampu beroperasi menjelang tahun 2012.

"Proses untuk mendapatkan tanah itu berjalan, bagaimanapun, kita menjangkakan pembinaan mengambil masa kerana tanah sawah yang dimiliki itu perlu ditimbus," katanya ketika hadir di Majlis Solat Hajat sempena pembukaan Pasaraya Mydin cawangan Kubang Kerian di sini, malam semalam.

Hadir mengimami solat hajat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengulas mengenai pembukaan cawangan Mydin Kubang Kerian, Ameer berkata, pihaknya membelanjakan RM60 juta merangkumi RM45 juta untuk pembinaan dan RM15 juta untuk kos barangan .

"Pembukaan ini adalah satu dari keperluan untuk masyarakat. Sebelum ini kita terkenal dengan pasar raya milik asing, tetapi pembukaan Mydin sedikit sebanyak peluang untuk memilih lebih terbuka.

Mydin menyediakan keperluan barangan berteraskan Islam serta memberi peluang kepada produk industri tempatan," katanya.

Katanya, pihaknya membelanjakan RM80 juta setahun untuk mendapatkan barangan dari Industri Kecil da Sederhana (IKS) yang melibatkan 2000 peserta dari seluruh negara.

Dalam masa yang sama, Ameer berkata, syarikatnya akan melancarkan tiga lagi pasar  raya di Lembah Klang dalam masa terdekat.

Sementara itu, Nik Aziz ketika ditemui bersyukur dengan pelancaran tersebut dan menyifatkan ia sebagai rahmat kepada Kelantan.

Katanya, pembinaan pasar raya itu menunjukan Kelantan pesat membangun sekal gus menolak andaian  bahawa negeri ini miskin.

© Copyright 2007. All rights reserved. Powered by