ext2 ext3 ext4
Pilih bahasa anda:
B.INGGERIS | B.MALAYSIA
Main  >  1000 berjanjji pada jantung masing-masing


Sinar Harian | June, 28th 2010

1,000 berjanjji pada jantung masing-masing

 

LANCAR .. pelancaran kempen untuk menjaga jantung  menerusi gaya hidup sihat

Meskipun ia pagi hari minggu, lebih daripada 1000 pengunjung hadir di Mydin Park, USJ, Subang Jaya, pada awal pagi untuk menari dan mengatakan 'I do!' pada perjumpaan Pesta Bersenam Tari anjuran Nesvita Omega Plus dan Mydin, baru-baru ini.

"Kami berhimpun untuk mengatakan 'I Do' kepada jangtung kami, iaitu kami berjanjji menjaganya melalui gaya hidup sihat yang menitikberatkan diet mesra jantung serta aktiviti fizikal," kata Pengurus Jenama Kanan Nesvita Omega Plus, Lam Pui Yuee.

Menurutnya, kira-kira 44 peratus daripada orang dewasa di negara ini tidak aktif secara fizikal dan keadaan itu amat membimbangkan.

Justeru, pihaknya menggalakkan acara tarian sebagai cara yang seronok untuk bersenam dan melepaskan tekanan.

Walaupun penyakt jantung dikenali sebagai penyakit pembawa maut nombor satu di negara ini, masih ramai antara kita yang tidak mengambil langkah pencegahan.

Seramai 21 peratus daripada orang dewasa di Malaysia mengalami tahap kolestrol tinggi dan lebih  daripada 29  peratus mempunyai berat badan berlebihan. Faktor terbabit meningkatkan risiko penyakit jantung dan penyakit peredaran pulmonari.

Namun, kira-kira 80 peratus daripada kes penyakit jantung koronari dapat dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat yang merangkumi senaman tetap dan pengambilan makanan yang baik untuk jantung.

Diet yang sihat untuk jantung adalah diet yang seimbang, berserat tinggi, tetapi rendah kandungan lemak tepu dan kolestrol.

Kawalan kolestrol sememangya penting untuk kesihatan jantung. Susu berkalsium tinggi Nesvita Omega Plus dengan penambahan sterol tumbuhan, Acticol, membantu merendahkan kolestrol dengan mengurangkan penyerapan kolestrol ke dalam saluran darah.

Dua gelas Nesvita Omega Plus sehari mengandungi 1.2 gram sterol tumbuhan yang terbukti secara saintifik dapat membantu merendahkan kolestrol sebanyak tujuh peratus dalam 30 hari.

Menurut Pengurus Eksekutif Perniagaan (Susu) Nestle Malaysia, Ho Hau Chieh, memandangkan penyakit jantung ukan penyakit berjangkit, ia tidak menarik banyak perhatian.

"Tetapi selama beberapa dekad ni, penyakit jantung menjadi penyakit pembawa maut yang utama di Malaysia secara konsisten. Maka matlamat kami adalah untuk menggalakkan seberapa ramai warga Malaysia yang mungkin untuk mula menjaga jantung mereka. Justeru, kami berharap untuk mewujudkan lebih nilai dan kesejahteraan yang menyeluruh dalam hidup mereka," katanya.

Pada acara pagi berkenaan, peserta turut disajikan sarapan menyihatkan, ihsan pasar raya Mydin, USJ. Peserta turut menjalani pemeriksaan kolestrol percuma di samping diajar petua pemakanan untuk jantung yang sihat oleh Pakar Pemakanan Korporat Nestle, Cher Siew Wei.

Hadir sama, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Ameer Ali Mohamed.
 
DAPAT SAMBUTAN . . peserta I Do! giat melakukan senam tari
 
© Copyright 2007. All rights reserved. Powered by