Back
13 June 2014

MYDIN MART PADANG JAWA MULA BEROPERASI

Mydin Mart Padang Jawa Mula Beroperasi

Wira Ameer (kanan), Shaakir (dua, kanan) dan Pengarah Urusan Tri Shaas, Siraj Pyar Ali (kiri) 

menyempurnakan pembukaan Mydin Mart Padang Jawa, semalam.

- Foto Sinar Harian oleh HALIM WAHID

 

TRI Shaas Sdn Bhd (Tri Shaas), francais Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) yang mengendalikan Mydin Mart memulakan operasi perniagaan Mydin Mart Padang Jawa di Suria Jaya, Seksyen 16, Shah Alam, secara rasminya semalam. Pengarah Eksekutifnya, Shaakir Siraj berkata, Padang Jawa merupakan francais kelima Mydin Mart di seluruh negara dan cawangan ketiga dikendalikan Tri Shaas, melibatkan pelaburan berjumlah RM6 juta. “Tri Shaas mula operasi Mydin Mart pertama di Seksyen 18 Shah Alam, pada 2007, sebelum membuka Mydin Mart di Sri Muda. "Cawangan lain Mydin Mart kendalian francais lain adalah di Johor Bahru dan Nilai.“Suria Jaya menjadi pilihan Mydin Mart Padang Jawa kerana terletak di kawasan perumahan dan perniagaan yang strategik, kawasan rancak membangun dan mudah diakses semua pengguna,” katanya selepas perasmian Mydin Mart Padang Jawa di Shah Alam, semalam. Premis perniagaan itu dirasmikan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin. Mydin Mart Padang Jawa menawarkan pelbagai keperluan barangan harian, perhiasan rumah, produk kecantikan dan kesihatan, kelengkapan persekolahan, pakaian, aksesori dan banyak lagi. “Pelanggan boleh dapatkan barangan keperluan secara borong atau pukal dengan akses mudah pada harga berpatutan,” katanya. Sempena pembukaan Mydin Mart Padang Jawa itu, pelanggan boleh menikmati promosi terhad, bermula 21 April hingga 23 April ini. Ketua Bahagian Komunikasi & Pemasaran Jenama Mydin, Sabariah Mohd berkata, pada tahun ini, Mydin bakal membuka tiga lagi pasar raya besar baharu di Johor, Pahang dan Sarawak.

 

Sumber : Sinar Harian