Back
13 June 2014

MYDIN RAI ULANG TAHUN KE 60S

 

MYDIN Rai Ulang Tahun Ke 60

 

Tahniah SURIA ucapkan kepada pasar raya besar borong terunggul Malaysia, MYDIN kerana telah menyambut ulang tahun yang ke 60 tahun. Siapa sangka implikasi perang dunia kedua, musibah kebakaran kedai papan pertama, kesukaran mendapat pinjaman biaya pasar raya pertama, sederap hanya mampu menjadi lipatan sejarah dalam langkah perjalanan MYDIN meniti usia. Menyelusuri rentetan ceritera kronologi perjalanan perniagaan MYDIN pasca perang dunia kedua yang bermula dengan kedai papan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1957. Selang dua dekad kemudian, kedai MYDIN yang kedua telah dibuka di Kuala Terengganu pada tahun 1979 dan tahun 1987 cawangan kedai MYDIN yang ketiga telah dibuka di Lembah Klang di Jalan Masjid India. Tahun 2016 merupakan tahun keramat dan batu loncatan kepada MYDIN dalam mengembangkan empayar perniagaannya apabila pasar raya besar borong pertama telah dibuka di USJ Subang Jaya. Sehingga kini MYDIN sudah mempunyai 322 buah cawangan dengan 10 buah format perniagaan. Sempena dengan ulang tahun ke 60 MYDIN, pelbagai aktiviti hiburan, promosi hebat, kempen menarik akan dilaksanakan sepanjang sambutan ulang tahun yang berlangsung selama 5 bulan. Antaranya Peraduan P&G dan MYDIN yang menaja 60 pemenang terpilih mengerjakan ibadah Umrah, Program Tebus Produk Penaja (Nestle, P&G, Babas dan Safi), promosi RM6 untuk pendaftaran/pembaharuan keahlian kad meriah, Radio Domination SURIA FM selama sehari, peraduan di laman sosial, konsert Suria Jam, majlis pelancaran produk baru rakan penaja dan banyak lagi. Hasil daripada usaha kerjasama dengan The Star juga, kemeriahan sambutan ulang tahun MYDIN ke 60 ini turut dipanjangkan di 60 buah sekolah terpilih di seluruh Malaysia bersempena dengan kempen #RAISETHEFLAGMY. Pada 18 Ogos 2017, sebanyak 10,000 akhbar tambahan The Star akan diagihkan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah dengan harapan untuk menyemarakkan ini dan sambutan Hari Kebangsaan 2017. Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN dan Datuk Seri Wong Chun Wai, Pengarah Urusan The Star Media Group akan bersama-sama turun padang pada 18 Ogos 2017 untuk mengagihkan origami bendera Jalur Gemilang kepada para pelajar sekolah. Lebih istimewa lagi, sambutan MYDIN 60 Tahun ini akan disenaraikan di dalam Malaysia Book Of Records – The Largest Jalur Gemilang Origami Circulation Nationwide melalui akbar The Star. Selain itu, sebagai menghargai tempat permulaan perniagaan MYDIN dan sempena ulang tahun MYDIN ke 60 ini, MYDIN akan mengadakan Majlis Korban & Kenduri Kesyukuran pada 3 September 2017 di Kelantan. Pada majlis perasmian sambutan ulang tahun itu juga turut diserikan dengan persembahan artis popular seperti Anuar Zain dan Jaclyn Victor.

 

Sumber : Suria