Back
13 June 2014

MYDIN BUKA CAWANGAN KEDUA DI MASJID INDIA

 

MYDIN BUKA CAWANGAN KEDUA DI MASJID INDIA

Majlis Pelancaran Pembukaan Emporium Mydin Masjid India 2 disempurnakan Ameer Ali bersama kepimpinan tertinggi Mydin dan pengurusan Mydin, semalam.

 

MYDIN Mohamed Holdings Berhad (Mydin) membuka cawangan Emporium Mydin ke-17 di Jalan Masjid India, sekali gus menjadi emporium yang kedua di kawasan itu, semalam.Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, Mydin mengambil masa setahun bagi menyiapkan emporium tujuh tingkat itu di bangunan berkeluasan 66,614 kaki persegi dengan nilai pelaburan keseluruhan RM80 juta. “Pelaburan itu merangkumi harga tiga buah kedai, pengubahsuaian, sehingga kepada barangan. “Pengubahsuaian kedai di kawasan ini adalah mahal berikutan lokasinya yang padat,” katanya selepas pelancaran Emporium Mydin di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, semalam. Menurutnya, pemilihan Masjid India adalah kerana ia merupakan salah satu lokasi kunjungan pilihan pelancong dari dalam dan luar negara.Katanya, pembukaan cawangan kedua ini diharap akan menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi di kawasan setempat. Beliau berkata, dengan pembukaan cawangan Emporium Mydin Masjid India 2 itu akan membuka 100 peluang pekerjaan baharu dalam bidang operasi peruncitan.

 

MYDIN BUKA CAWANGAN KEDUA DI MASJID INDIA 2

Orang ramai turut hadir bagi memeriahkan majlis pelancaran, semalam.

 

Setakat ini, Mydin mempunyai 146 cawangan di seluruh negara menerusi 10 format perniagaan dan lima gudang. “Kelainan cawangan ini, ia dilengkapi dengan pelbagai jenis segmen barangan seperti makanan, aksesori, kesihatan, kecantikan, alat tulis, pakaian, barangan dapur dan peralatan sukan. “Menariknya lagi, di sini kami menjual pelbagai jenis dan jenama coklat dan telefon bimbit dari dalam dan luar negara,” katanya. Bagi memeriahkan lagi pembukaan cawangan baharu itu, Mydin turut memperkenalkan promosi menarik, ‘Myspecial Promo’ kepada penggunjung untuk melayakan mereka menikmati promosi kad keahlian Meriah apabila berbelanja di tiga Emporium Mydin Sinar Kota, Emporium Mydin Jalan Masjid India dan Emporium Mydin Jalan Masjid India 2.

 

MYDIN BUKA CAWANGAN KEDUA DI MASJID INDIA 3

Ameer Ali menunjukkan Kad Meriah Mydin 60 Tahun.

 

“Promosi ini akan diadakan selama tiga bulan bermula 1 Disember sehingga 28 Februari 2018. “Myspecial Promo terbuka kepada semua penggunjung bagi sekali penggunaan,” katanya. Sempena pembukaan Emporium Mydin Masjid India 2, Mydin turut menawarkan pelbagai tawaran istimewa kepada pengunjung, antaranya baucar membeli-belah RM5 diberikan kepada pendaftaran keahlian Meriah baharu bermula semalam hingga 3 Disember ini.

 

Sumber : Sinar Harian