WELCOME TO MYDIN ONLINE

MY CART
items in your cart

Item Quantity Total (RM)
{{ item.Total }} +


Shop online and pick up at selected Mydin stores near you for free.
Shop, sit back and wait for your delivery right at your doorstep.
Shop online and pick up at selected locker.
STORE PICK UP
HOME DELIVERY
ENTER YOUR POSTCODE
Please enter a postcode to find the nearest Mydin with home delivery service.
Store has been changed successfully
Something's wrong, please try again
No stores are available
LOCKER
Store has been changed successfully
Something's wrong, please try again
No stores are available
Our lockers are designed with Chilled (1℃ to 7℃) & Frozen (-18℃ to -24℃) facilities. Certain items may not be suitable for Locker Pick Up.

Some products might differ from store to store.
Back
13 June 2014

PASAR RAYA MYDIN PERKENAL IMERIAH

Image

Ameer (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Noor Azam (kanan) di Subang Jaya semalam.

 

SUBANG JAYA - Pelanggan dan juga ahli kad kesetiaannya, Kad Meriah yang membeli-belah dan berbelanja sekurang-kurangnya RM600 sebulan di pasar raya terpilih Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin) akan layak menerima perlindungan takaful eksklusif terbaharunya, iMeriah. Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, produk baharu yang ditawarkan dengan kerjasama AmMetLife Takaful Bhd. (AmMetLife Takaful) itu menyediakan perlindungan terhadap kematian dalam bentuk perbelanjaan runcit sebanyak RM300 setiap bulan di pasar raya besar Mydin terpilih selama setahun. “Di bawah iMeriah, ahli Kad Meriah yang layak dan berbelanja sekurang-kurangnya RM600 sebulan di pasar raya terpilih Mydin akan menerima perlindungan serta-merta pada bulan berikutnya. “Jika berlaku kematian terhadap ahli Kad Meriah yang dilindungi, waris akan dibenarkan berbelanja RM300 setiap bulan di pasar raya Mydin untuk barangan keperluan harian selama setahun. “Perlindungan takaful ini adalah percuma untuk ahli Kad Meriah tersebut kerana kos perlindungan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika majlis pelancaran iMeriah di sini semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif AmMetLife Takaful, Noor Azam Mohd. Yusof. Menurut Ameer Ali, penawaran perlindungan takaful yang pertama seumpamanya di Malaysia itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia Mydin di samping membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup pada masa berlakunya kejadian yang tidak diingini. “Apabila berlakunya kematian dalam sesebuah keluarga, waris akan menghadapi waktu-waktu yang sukar untuk menguruskan perbelanjaan rumah dan perkara ini sering diabaikan,” ujarnya.

 

Sumber : Kosmo Online