Back
13 June 2014

5,000 PRODUK UNTUK DIHABISKAN DALAM #KASISAMPAI LICIN MYDIN

JualanGudang

Pasar raya Mydin akan mengadakan jualan gudang secara besar-besaran melibatkan pelbagai jenis barang keperluan pada 23 November ini hingga 9 Disember. foto AFFAN FAUZI, 01 JUN 2018

 

KUALA LUMPUR – Pasar raya Mydin akan mengadakan jualan gudang secara besar-besaran melibatkan pelbagai jenis barang keperluan pada 23 November ini hingga 9 Disember.

 

Dengan konsep #kasisampailicin, jualan gudang Mydin 2018 menawarkan 5,000 produk bernilai lebih RM15 juta untuk ditawarkan kepada pelanggan dengan diskaun habis-habisan.

 

Jualan itu akan diadakan di tujuh pasar raya tersebut di Subang Jaya, Selangor; Seremban 2,Negeri Sembilan; Gong Badak,Terengganu; MITC, Melaka; Mutiara Rini, Johor, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Meru Raya, Ipoh,Perak

 

Dalam kenyataan di sini, Mydin berkata, jualan gudang itu berlangsung secara serentak mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.

 

“Bagi menghangatkan lagi jualan gudang yang bakal berlangsung ini, kami menjanjikan harga diskaun habis-habisan untuk pelanggan kami.

 

“Bagi 100 pelanggan terawal yang beratur pada setiap hari dijualan gudang,akan mendapat kupon bagi membeli barangan yang telah ditetapkan dengan harga tak masuk akal,” katanya.

 

Selain itu, bagi merancakkan jualan gudang ini, Mydin turut mengadakan promosi Happy Hour yang akan berlangsung pada setiap hari sebanyak dua kali iaitu pada jam 3 petang sehingga 4 petang dan 8 malam sehingga 9 malam.

 

Antara barang yang dijangka menjadi rebutan seperti biskut Jacobs 700 gram berharga RM5.00, mi segera 5+1 serendah RM1.00, minyak masak 5kg RM10.00.

 

Barangan eletronik juga turut dijual cerek jag dan sterika bermula dengan harga serendah RM10.00.

 

Selain itu, barangan keperluan persekolahan seperti bag sekolah juga dijual serendah RM5.00. – MalaysiaGazette

 

Source: Malaysia Gazette