Back
13 June 2014

ABANG JOHARI RASMI MYDIN PETRA JAYA

 

Kuching: Pasar raya besar MYDIN Petra Jaya dibuka rasmi hari ini oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. MYDIN Petra Jaya merupakan cawangan ketiga di negeri ini sleeps MYDIN Samariang dan MYDIN CityOne. Dalam ucapan perasmianya, Abang Johari memberi penghargaan kepada MYDIN yang telah mengembangkan perniagaanya di Petra Jaya. Pasar raya besar MYDIN Petra Jaya bukan sahaja menjadi kemudahan untuk warga Petra Jaya berbelanja, tetanie juga peluang untuk usahawan tempatan memasarkan produk mereka. Saya yakin jika sambutan baik, MYDIN akan mengembangkan perniagaan mereka ke lain-lain kawasan di negeri ini seperti Miri, Bintulu dan Limbang,”Katanya.

 

Sementara itu, Pengarah Utusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata syarikat melabur sejumlah Rm200 juta untuk mendirikan MYDIN Petra Jaya Keluasan keseluruhan bangunan MYDIN ini ialah 812,090 kaki persegi dengan 299.598 kaki persegi merupakan keluasan pasar raya yang menjual pelbagai jenis segmen barangan seperti pasar segar, barangan makanan, aksesori, kesihatan, kecantikan, alat tulis dan bank lagi. Manakala bahagian mall yang berkeluasan 512,492 kaki persegi merangkumi 52 lot kedai dan 10 bazar jualan. Antara penyewa Kentucky Fried Chicken (KFC), Ding Tea, Potato Story, Taka Cake House, Watsons, WIJA Pharmacy, Level Up Fitness, Lea Centre, Smart Book Shop, Oppo, Wandalan, Eyesight Optic,XES, Pusat Karaoke Sing Song dan banyak lagi.

 

Faciliti lain termasuklah, 1133 lot pakir kenderaan dan dua pentad bear yang tarletan dal am dan luar mall until penganjuran pelbagai acara lengkap dengan sistem bunyi dan pencahayaan serta bilik tetamu kehormat.

 

Sumber : Utusan Borneo