Back
13 June 2014

KEMERIAHAN RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA 2018 ANJURAN MYDIN DAN SJ ECHO

Untuk tahun yang ke-enam, Mydin Malaysia sekali lagi bekerjasama dengan SJ ECHO (akhbar tempatan komuniti Subang Jaya) telah mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina. Sambutan ini adalah intemewa untuk semua masyarakat Malaysia terutama kepada pelanggan-pelanggan dan penduduk yang tinggal berdekatan dengan Subang Jaya. Majlis seumpama ini mampu memupuk semangat muhibah di kalangan masyarakat majmuk setempat, budaya saling menghormati serta mengeratkan lagi jalinan silaturrahim yang sekian lama terbina. Majlis rumah terbuka berlangsung bermula dari jam 6.30 petang sehingga 11 malam. Antara tetamu terhormat yang menghadiri majlis rumah terbuka ini ialah YB Hannah Yeoh Tseow Suan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya. Beliau juga merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Turut kelihatan YB Wong Chen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelana Jaya. Selain itu majlis juga diserikan dengan kehadiran wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Selayang Jaya (MPSJ), Polis Daerah Subang Jaya, Bomba & Penyelamat Daerah Subang Jaya dan tetamu-tetamu yang lain. Lebih istimewa seramai 20 orang warga emas dari Rumah Victory Puchong turut hadir di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina kali ini. Selain daripada dapat menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang enak, pemberian ang pow dan juga beg cenderahati tajaan Maggi turut diagihkan kepada 20 warga emas yang sama-sama hadir memeriahkan majlis ini. Selain daripada acara menggaul Yee Sang, pertunjukkan mercun dan tarian singa antara menjadi tumpuan sepanjang Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina disini. Saya sendiri teruja mendengar paluan gendang yang begitu mantap bersama dengan persembahan tarian singa yang bena-benar hebat. Terdapat juga persembahan atas pentas dari artis-artis jemputan yang cukup menghiburkan. Antaranya seperti Angeline Wong artis yang telah memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) 2016 dalam kategori Artis Wanita Cina Terbaik. Oh ya! Bagi pengunjung yang berbelanja RM88 dan ke atas dari 2 Mac sehingga 9 Mac 2018 di Pasaraya Mydin USJ , mereka juga boleh menyertai acara cabutan bertuah (kotak cabutan bertuah diletakkan di kaunter informasi Mydin USJ). Di mana pelbagai hadiah menarik telah ditawarkan, antaranya seperti televsyen, mesin basuh dan banyak lagi. Sepanjang malam di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pelbagai juadah hidangan dihidangkan kepada tetamu daripada 24 booth yang datangnya dari penaja bersama. Paling penting ianya adalah PERCUMA! Terdapat nasi ayam, dim sum, bihun goreng, laksa, ayam BBQ dan banyak lagi. Begitu ramainya tetamu yang hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Mydin USJ. Kemeriahan terasa dengan begitu banyak juadah percuma yang memikat selera, selain  daripada adanya persembahan bertenaga dari artis jemputan tidak kurang hebat juga. Syabas Mydin dan SJ Echo atas penganjuran majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang hebat ini!

 

Sumber : SJ Echo