WELCOME TO MYDIN ONLINE

MY CART
items in your cart

Item Quantity Total (RM)
{{ item.Total }} +


Shop online and pick up at selected Mydin stores near you for free.
Shop, sit back and wait for your delivery right at your doorstep.
Shop online and pick up at selected locker.
STORE PICK UP
HOME DELIVERY
ENTER YOUR POSTCODE
Please enter a postcode to find the nearest Mydin with home delivery service.
Store has been changed successfully
Something's wrong, please try again
No stores are available
LOCKER
Store has been changed successfully
Something's wrong, please try again
No stores are available
Our lockers are designed with Chilled (1℃ to 7℃) & Frozen (-18℃ to -24℃) facilities. Certain items may not be suitable for Locker Pick Up.

Some products might differ from store to store.
Back
13 June 2014

MYDIN-SJ ECHO ERAT KERJASAMA

 

Mydin-SJ Echo erat kerjasama

SUBANG JAYA - Mydin meneruskan kerjasama erat dengan SJ Echo buat tahun keenam bagi menjayakan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina. Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, majlis komuniti berasaskan perayaan seperti itu dilihat mampu memupuk nilai-nilai murni, khususnya budaya hormat-menghormati dan mewujudkan kesefahaman dalam kalangan masyarakat majmuk USJ. “Mydin USJ memeriahkan Subang Jaya dengan meraikan Tahun Baharu Cina melalui Sambutan Rumah Terbuka. Sambutan ini tradisi tahunan di Mydin bagi mengeratkan silaturahim komuniti setempat, selain terus mengetengahkan Mydin sebagai pasar raya pilihan sekeluarga. “Saya sangat menghargai usaha sebegini kerana ia mampu menzahirkan perasaan saling menghormati dalam kalangan masyarakat dan peluang untuk mendapat rakan baharu. Saya harap Mydin dan komuniti USJ akan terus mengekalkan sinergi ini, sama ada melalui jaringan persahabatan mahupun perniagaan,” katanya. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen. Seramai 20 warga emas dari Rumah Victory Puchong turut diraikan. Seperti sebelum ini, acara menggaul Yee Sang dijadikan gimik perasmian Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Mydin- SJ Echo kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina, ia melambangkan kemewahan dan mampu melanjutkan usia. Majlis tersebut turut menyajikan pelbagai juadah percuma kepada pengunjung seperti yong tau fu, char kue tiau, dim sum, bihun goreng, nasi ayam, laksa, bubur cha cha dan banyak lagi di 24 gerai secara percuma. Pengunjung turut dihiburkan dengan tarian singa, tarian singa akrobatik, tarian kebudayaan Cina, paluan gendang Cina dan penampilan istimewa pemenang anugerah Industri Muzik (AIM) 2016, kategori Artis Wanita Cina Terbaik, Angeline Wong. Sama seperti tahun sebelumnya, aktiviti cabutan bertuah untuk pelanggan Mydin diadakan dengan pelbagai hadiah istimewa.

Sumber : Sinar Harian