Back
13 June 2014

BADAN KORPORAT WAJAR CONTOHI MYDIN

Mutiara Rini Kini Dibuka

Michelle Ng dan Eksekutif Mydin, Datuk Murad Ali Mydin memotong riben Shop, Fly & Drive 2018 di mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah lumayan dengan pembelian di Mydin serendah RM150 ketika perasmian MyMerdeka 'Sayangi Malaysiaku'.

 

BADAN - badan korporat di negara ini disaran supaya mencontohi inisiatif Mydin yang berusaha menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat negara ini.

 

Adun Subang Jaya, Michelle Mei Sze berkata, tanggungjawab menyemarakkan semangat cintakan negara bukan hanya terletak kepada kerajaan semata-mata, namun rakyat dan badan korporat perlu sama-sama mengambil peranan. “Usaha gigih Mydin bersama Jabatan Penerangan adalah langkah murni yang perlu dicontohi badan korporat lain kerana tanggungjawab menyemarakkan semangat cintakan negara ini tanggungjawab kita semua,” katanya selepas Majlis Perasmian MyMerdeka ‘Sayangi Malaysiaku’ di Mydin USJ Subang, semalam.

 

Mengulas lanjut program tersebut, Michelle berkata, pihaknya amat menghargai peranan diambil oleh Mydin untuk bersama-sama kerajaan melalui Jabatan Penerangan, terlibat secara aktif dalam inisiatif berkenaan.

 

Katanya, langkah Mydin itu memberi makna cukup signifikan kepada kerajaan yang kini sedang berusaha keras meningkatkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat. "Program kerjasama dengan Mydin ini turut menyediakan pelbagai maklumat sejarah mengenai kemerdekaan negara dan ini dapat memberi kefahaman kepada rakyat mengenai fakta sebenar, selain membentuk satu masyarakat yang mempunyai semangat patriotik tinggi,” katanya.

 

Sementara itu, Michelle turut mengingatkan seluruh masyarakat di negara ini sama-sama mengambil semangat kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis dan kawasan kediaman masing-masing.

 

Menurutnya, semangat cintakan negara perlu dikekalkan bagi menghargai keamanan dan kemakmuran dinikmati pada masa kini hasil usaha pejuang kemerdekaan dahulu. “Kerajaan mahukan rakyat yang celik dan berpengetahuan, khususnya dalam aspek kemerdekaan negara ini. Melalui program anjuran Mydin dan Jabatan Penerangan ini juga, ia dilihat menepati kehendak kerajaan pada masa kini,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian