Back
13 June 2014

KEMPEN IKRAR MERDEKA

Mutiara Rini Kini Dibuka

 

PENGUSAHA rangkaian pasar raya besar, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) menyasarkan untuk mengumpul 500,000 ikrar merdeka menerusi kempen #mydinmypledge bertemakan Raikan MalaysiaKu yang bakal dilancarkan Khamis ini di cawangan Mydin seluruh Malaysia.

 

Ketua Bahagian Pemasaran & Komunikasi Jenama Mydin, Sabariah Mohd berkata, menerusi ikrar merdeka itu membolehkan ia tersenarai dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) buat pertama kalinya.

 

Katanya, sebelum mengadakan kempen ini, pihaknya membuat kajian tentang program ikrar sebegini. “Bila kita buat kajian rupa-rupanya belum ada lagi organisasi yang menetapkan satu jumlah ikrar untuk masuk dalam MBOR. Memang menjadi matlamat kami untuk masuk dalam pengiktirafan berkenaan. Jadi kami berbincang dengan MBOR dan kita dinasihatkan untuk mendapatkan 500,000 ikrar merdeka dalam kempen ini,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Mutiara Rini Kini Dibuka 01

 

 

Menurutnya, Raikan MalaysiaKu menjadi tema Mydin tahun ini bagi setiap kempen dijalankan untuk menyokong pelan pemasaran syarikat sepanjang 2018 iaitu keseronokan membeli-belah. “Setiap tahun memang kita akan adakan kempen dalam bulan kebangsaan. Pada asalnya kita hendak gunakan tema Rayakan MalaysiaKu, tetapi disebabkan bulan ini kita akan sambut Aidiladha, kami bimbang orang akan keliru. Disebabkan itu kami namakan tema Raikan MalaysiaKu,” katanya.

 

Kempen ikrar #mydinmypledge itu dijangka dilancarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo di Mydin USJ, Subang Jaya. Serentak dengan pelancaran itu, turut diadakan, perasmian MyMerdeka Sayangi Malaysiaku oleh Jabatan Penerangan Malaysia di lokasi sama, menerusi kolaborasi bersama Mydin.

 

Hidupkan Semula Amalam Berikrar

 

Sabariah berkata, Mydin memilih kempen berkonsepkan ikrar bagi hidupkan kembali amalan berkenaan yang semakin terhakis.Menurutnya, Raikan Malaysiaku mempunyai objektif untuk meraikan kejayaan negara menerusi sambutan Hari Kebangsaan, di samping memupuk semangat cintakan negara.

 

“Orang zaman dulu sangat berpegang kepada ikrar yang sebenarnya menjadi obligasi pada diri kita dan sebagai manusia apabila bercakap, kita tak tahu sama ada kita akan kotakan atau sebaliknya. Tetapi bila kita jadikannya sebagai ikrar, mahu atau tidak, kita akan kotakan. Sebenarnya nak berikrar bukan perkara senang, bila berikrar bermakna kita berjanji bersungguh-sungguh. Jadi apabila orang ramai melalui proses bagaimana hendak tulis ikrar yang begitu sukar, kita akan laksanakannya juga sebab seharian terpaksa berfikir untuk buat ikrar ini,” katanya.

 

Mydin turut berharap agar ikrar yang dizahirkan melalui #mydinmypledge ini menjadi pemangkin semangat untuk rakyat Malaysia berusaha dengan lebih gigih bagi menunaikan janji-janji mereka terhadap negara.

 

Terbuka Kepada Orang Ramai

 

Kempen #mydinmypledge yang berlangsung selama sebulan dan berakhir 16 September itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara tanpa mengira usia.

Sabariah berkata, orang ramai boleh menulis ikrar mereka sempena bulan kemerdekaan negara pada nota ikrar, sebelum dilekatkan di papan ikrar yang terdapat di semua cawangan Mydin seluruh negara. “Bukan sahaja untuk individu, malah organisasi juga boleh menulis ikrar masing-masing,” katanya.

 

Bagaimanapun, katanya, bagi mereka yang tidak berkesempatan berbuat demikian, Mydin menyediakan platform digital menerusi e-ikrar. “Kami akan adakan kod respons pantas (kod QR) di mana orang ramai boleh imbas kod QR dari akhbar, bunting dan sebagainya yang terus akan membawa mereka ke halaman nota ikrar, sebelum nyatakan ikrar dan hantar untuk penyertaan,” ujarnya.

 

Katanya, kempen itu akan dimulakan Mydin sendiri melibatkan pengurusan dan kakitangannya yang bakal menulis ikrar masing-masing dan tampal di papan ikrar disediakan. “Kakitangan Mydin akan menampal ikrar mereka secara serentak di 64 cawangan Mydin seluruh negara jam 11 pagi, Khamis ini. Selain itu, penyewa kedai di pusat beli-belah Mydin, pembekal dan rakan-rakan media juga bakal menyertai kempen ikrar ini,” katanya.

 

Bukan itu sahaja, sempena 61 tahun kemerdekaan negara, Mydin akan memilih 61 ikrar merdeka terbaik untuk mendapat hadiah istimewa. Pemenang dijangka diumumkan dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup penyertaan.

Sumber: Sinar Harian