Back
13 June 2014

MENANGI HADIAH BERNILAI HAMPIR RM1 JUTA

Mutiara Rini Kini Dibuka

 

PENGENDALI rangkaian peruncitan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), menawarkan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM1 juta dalam kempen Shop, Fly & Drive yang akan berlangsung 16 Ogos hingga 16 Oktober ini.

 

Ketua Bahagian Pemasaran & Komunikasi Jenama Mydin, Sabariah Mohd berkata, kempen itu menawarkan hadiah utama berupa enam kereta Proton Suprima S Turbo, enam motosikal Modenas MR2 110cc dan enam motosikal Modenas Karisma serta tiket penerbangan pergi dan balik Kuala Lumpur - Phuket, selain hadiah sagu hati.

 

Katanya, kempen itu antara komponen dibawa Mydin melalui tema Raikan MalaysiaKu sempena bulan kebangsaan sebagai antara usaha menghargai pelanggan.

 

“Bulan kemerdekaan negara kebetulan sama dengan penubuhan Mydin iaitu 18 Ogos 1957. Bermakna tahun ini Mydin juga sambut ulang tahun ke-61.

 

“Menerusi Raikan MalaysiaKu, Mydin menawarkan pelbagai promosi dengan menawarkan harga dan barangan menarik, selain menyediakan suasana beli-belah menyeronokkan,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Untuk menyertainya, Sabariah berkata, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM150 di mana-mana 64 cawangan Mydin di seluruh negara dan penyewa premis di Mydin Mall sepanjang sebulan kempen berlangsung.

 

“Pelanggan boleh gabungkan resit pembelian, contohnya beli barang di pasar raya Mydin, kemudian beli makanan di bazar dalam Mydin Mall dan beli kasut di premis dalam Mydin.

 

“Kemudian isi borang, berikan butir diri yang diperlukan dan masukkan ke dalam kotak disediakan. Selain hadiah utama, Mydin juga akan memberikan hadiah mingguan kepada pelanggan terpilih di semua cawangan kami di seluruh negara,” katanya.

 

“Kemudian isi borang, berikan butir diri yang diperlukan dan masukkan ke dalam kotak disediakan. Selain hadiah utama, Mydin juga akan memberikan hadiah mingguan kepada pelanggan terpilih di semua cawangan kami di seluruh negara,” katanya.

Mutiara Rini Kini Dibuka

 

Kumpul Setem dan Tebus

 

Sempena kempen itu juga katanya, pelanggan Mydin turut berpeluang mendapatkan bekas makanan eksklusif pelbagai saiz pada harga promosi menerusi kempen Shop, Collect & Redeem, bermula 16 Ogos hingga 30 November 2018.

 

Sabariah berkata, dengan pembelian RM30 dalam satu resit, pelanggan akan menerima satu setem dan mereka perlu mengumpul lima setem untuk menebus bekas makanan tersebut dengan harga tertentu.

 

“Untuk kempen ini, kami juga bekerjasama dengan 30 jenama, di mana pelanggan yang beli produk jenama yang bekerjasama dengan kami, layak menerima satu setem bonus,” katanya.

 

Bekas makanan itu disediakan dalam tiga saiz iaitu 800 mililiter (ml) dengan harga RM23.90 jika ditebus bersama lima setem, 1,000 ml (lima setem dan RM29.90) dan 1,300 ml (lima setem dan RM32.90).

 

Bagaimanapun katanya, kempen Shop, Collect & Redeem hanya melibatkan 25 pasar raya besar Mydin.

 

“Ini kerana, produk rakan kerjasama Mydin yang melibatkan 30 jenama itu kebanyakannya lengkap dijual di pasar raya besar Mydin, berbanding pasar raya atau emporium kami,” katanya.

 

Jalur Gemilang serendah 49sen

 

Tidak lengkap rasanya menyambut hari kebangsaan tanpa mengibarkan Jalur Gemilang.Justeru, sempena bulan kemerdekaan ini, Sabariah berkata, orang ramai boleh membeli Jalur Gemilang di semua cawangan Mydin yang menawarkan pelbagai saiz dengan harga istimewa bermula 49 sen bagi menyemarakkan lagi sambutan hari kebangsaan.

 

“Harga bergantung kepada saiz dan juga jenis. Kita ada jual bendera untuk dikibarkan di rumah, kereta dan lain-lain. Untuk bendera kereta, harga dijual serendah RM1.79.

 

“Selain itu, istimewanya di Mydin, pelanggan boleh beli satu bendera atau secara pukal untuk kegunaan peribadi atau syarikat,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian