
Tetamu kehormat menyanyikan lagu Kibar Jalur Gemilang. Foto: Mohd Izari Rosli & Rosli Talib.
ย
RANGKAIANย peruncitan terbesar di Malaysia, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) bakal mencipta rekod baharu dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi ikrar merdeka apabila melancarkan kempen #mypledge bertemakan Raikan MalaysiaKu, semalam.
ย
Pelancaran itu turut menyaksikan semua kakitangan Mydin melibatkan 63 cawangannya di seluruh negara secara serentak melekatkan ikrar merdeka masing-masing pada papan #mypledge, jam 11 pagi.
ย
Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, menerusi kempen berlangsung selama sebulan hingga 16 September ini, Mydin mengajak seluruh rakyat Malaysia membuat ikrar merdeka bersama mereka bagi membina Malaysia lebih progresif.
ย
Katanya, ia bagi menghargai komitmen seluruh rakyat Malaysia yang bangkit bersuara atas semangat cinta negara.
ย
โMydin sasar pengiktirafan MBOR dengan sasaran 500,000 ikrar merdeka rakyat Malaysia dalam tempoh sebulan,โ katanya pada Majlis Pelancaran Raikan MalaysiaKu dan MyMerdeka Sayangi Malaysiaku di Mydin USJ, di sini.
ย
Kempen itu dilancarkan Adun Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman; Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Mohamed Izam Mohamed Yusof.
ย
Untuk menyertainya, Ameer berkata, pelanggan Mydin boleh menulis ikrar pada nota ikrar yang boleh diperoleh di kaunter informasi atau perkhidmatan, dan menampal di papan #mypledge disediakan di 63 cawangannya di seluruh negara.
ย
โPapan ini juga akan ditempatkan di bangunan rakan media iaitu Sinar Harian, Menara The Star dan Suria FM sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.
ย
โSelain itu, mereka juga boleh nyatakan ikrar merdeka masing-masing menerusi platform e-ikrar dengan mengimbas kod respons pantas (kod QR) pada platform media sosial kami di Facebook, Instagram atau Twitter @mydinmalaysia atau layari laman sesawang www.mydin.com.my,โ katanya.
ย
Sumber: Sinar Harian