Back
13 June 2014

MYDIN RAIKAN MALAYSIAKU DI MYDIN PETRA JAYA MULAI HARI INI HINGGA 17 SEPTEMBER

Mutiara Rini Kini Dibuka

PELBAGAI AKTIVITI: Promosi Kraftangan sempena Mydin Raikan Malaysiaku yang kini berlangsung di Mydin Petra Jaya.

Mutiara Rini Kini Dibuka

JOM SERTAI KAMI: Kempen ‘MyPledge’ sempena Mydin Raikan Malaysiaku mensasarkan 500,000 penyertaan.

Mutiara Rini Kini Dibuka

PELBAGAI JUALAN: Antara produk usahawan tempatan yang terdapat di Mydin Petra Jaya sempena Mydin Raikan Malaysiaku.

 

KUCHING: Mydin Raikan Malaysiaku kini tiba di Sarawak yang berlangsung di Mydin Petra Jaya bermula hari ini hingga 17 September selepas menjelajah ke empat destinasi Mydin di seluruh negara.

 

Raikan Malaysiaku merupakan kempen yang dilancarkan Mydin sempena meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018.

 

Kempen ini juga diadakan seiring dengan kempen MyMerdeka anjuran Jabatan Penerangan Malaysia yang mengadakan pameran dan aktiviti kemerdekaan di lima lokasi Mydin terpilih iaitu Mydin Bukit Mertajam di Pulau Pinang, Mydin USJ Subang Jaya di Selangor, Mydin Meru Raya di Perak, Mydin Mutiara Rini di Johor dan Mydin Petra Jaya di Sarawak.

 

Bagi program MyMerdeka, ia diadakan dari 14 hingga 16 September ini di Mydin Petra Jaya dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

 

Pelbagai aktiviti disediakan seperti pameran, kuiz, tayangan multimedia dan edaran bahan penerbitan dalam usaha untuk menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara dalam diri masyarakat sebagai warganegara Malaysia.

 

Mengenai kempen Mydin Raikan Malaysiaku, terdapat tiga komponen utama dalam kempen ini iaitu ‘MyPledge’, ‘Shop, Fly and Drive’ serta ‘Shop, Collect and Redeem’.

 

Selain itu, Mydin dengan kerjasama Cats FM menyusun pelbagai aktiviti menarik sepanjang tiga hari itu bagi memberi kenangan terindah sempena Hari Malaysia tahun ini.

 

Malah, Mydin turut membawa roti Gardenia yang diterbangkan khas ke Sarawak untuk dinikmati pelanggan yang berkunjung di situ.

 

Para pelanggan Mydin juga berpeluang menyertai sesi Gardenia Challenge yang diadakan pada jam 12 tengah hari, 3 petang dan 8 malam sepanjang tiga hari itu.

 

Sementara itu, program Dapur Antap 2.0 juga diadakan yang akan menyaksikan 10 peserta berentap di peringkat saringan yang berlangsung pada hari ini jam 2 petang.

 

Hanya enam peserta terpilih akan mara ke peringkat akhir untuk menyediakan hidangan istimewa pada Hari Malaysia dan berpeluang memenangi hadiah berbentuk wang tunai.

 

Sambutan Hari Malaysia digamatkan lagi dengan aktiviti bermukun, persembahan dari kumpulan Pinanak Sentah serta tarian kebudayaan pada 15 September dari jam 8.30 malam hingga 10 malam.

 

Para pelanggan juga boleh mengikuti Cats FM Outside Broadcast pada 16 September dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 5 petang hingga 7 malam.

 

Sambutan dilanjutkan dengan persembahan menarik dari artis terkemuka seperti Ismail Izzani, Band Atmosfera dan Floor 88, Fieya Juliya dan penyampai Cats FM di Mini Konsert yang diadakan sehingga jam 10 malam.

 

Sambutan Hari Malaysia dirancakkan lagi pada 17 September dengan Cats Exposed Mini Showcase yang diadakan dari jam 3 petang hingga 5 petang turut menampilkan artis tempatan seperti Fatah Abdullah, Ernie Diana, The Armchair, In-Tra dan Imaginasi Music.

 

Selain itu, Mydin dengan kerjasama Jabatan Kraftangan Sarawak dan Jabatan Kebudayaan Sarawak turut mengadakan Karnival Kraftangan di Mydin Petra Jaya selama dua minggu dari 14 hingga 30 September ini.

 

Malah, Mydin turut mengadakan promosi istimewa khas untuk warga Sarawak sepanjang 14 hingga 30 September ini di Mydin Petra Jaya dan Mydin Samariang.

 

Untuk maklumat lanjut dan tawaran istimewa yang ditawarkan, orang ramai dipelawa mengunjung Mydin Petra Jaya dan Mydin Samariang sepanjang tempoh promosi.

 

Sumber: Utusan Borneo