Back
13 June 2014

MYDIN TAWAR PEMBAYARAN TANPA TUNAI DI SEMUA GEDUNG BELI-BELAH

Mutiara Rini Kini Dibuka

PENGARAH Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datin Dr. Siti Hawa Mohd.; Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Axiata Digital, Mohd. Khairil Abdullah dan CEO Boost, Christopher Tiffin pada majlis pelancaran kerjasama antara Boost dan Mydin di Subang Jaya hari ini. - UTUSAN ONLINE

 

SUBANG JAYA 4 Sept. - Jaringan peruncitan dan pemborong tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menjalin kerjasama dengan platform e-dompet tempatan, Boost bagi menyediakan kemudahan pembayaran tanpa tunai di kesemua gedung beli-belah miliknya.

 

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, sebanyak 75 gedung borong dan runcit Mydin serta kedai premium, Sam’s Groceria akan menerima bayaran melalui aplikasi Boost bermula hari ini.

 

Katanya, kerjasama itu menyumbang kepada revolusi pengalaman beli-belah kelengkapan rumah dengan menawarkan akses mudah melalui telefon pintar.

 

“Perkhidmatan baharu ini dijangka memberi kemudahan kepada para pelanggan Mydin di seluruh negara. Dengan lebih 75,000 transaksi setiap hari kami teruja untuk memperkenalkan inovasi ini seiring dengan perkembangan trend semasa.

 

“Kami mahu menerapkan penggunaan e-dompet dengan Boost bagi mencipta persepsi yang kuat terhadap jenama Mydin terutama untuk golongan muda,” katanya dalam majlis pelancaran kerjasama antara Boost dan Mydin di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

 

Sumber: Utusan