Back
13 June 2014

KOMUNITI AWANI: 'MYDIN PRIHATIN' UKIR SENYUMAN BUAT ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF

#KomunitiAWANI 27 Mei 2019 menampilkan selebriti, Dato' Fazley Yaakob sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Cerita komuniti anda dimulakan dengan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pasaraya Mydin iaitu 'Mydin Prihatin' yang dilancarkan sempena Kempen Girang Syawal Tiba 2019 untuk mengimarahkan Ramadan dan Syawal buat anak-anak yatim dan golongan asnaf. Kita juga akan lihat inisiatif tiga pemuda yang meneruskan tradisi ibunya memberi karipap percuma kepada wanita mengandung. Kita juga akan tinjau laporan skuad Awani Jr. mengenai seorang pesara guru yang mengisi masa lapang persaraannya dengan hobi menanam pokok-pokok herba. Kemudian, kita juga akan saksikan semangat komuniti Kampung Bharu Georgetown yang tubuh Skuad Rakan Taman bagi menjaga kebersihan taman awam mereka.

 Source: Astro AWANI