Back
13 June 2014

JOM KE SEKOLAH!

 

Pastinya adik–adik dah puas belajar dari rumah melalui skrin computer kan? Kini dah tiba masanya untuk berjumpa kawan-kawan semula dan kembali ke sekolah! Setelah 3 bulan sekolah ditutup bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, akhirnya semua boleh menarik nafas lega dan memulakan kembali pelajaran selepas Kementerian Pendidikan Malaysia membuat pengumuman pembukaan semula sekolah pada 1 Julai yang lalu.

Semua ibu bapa pun boleh menarik nafas lega dengan pembukaan semula sekolah yang pastinya amat dinantikan. Tinggal beberapa hari lagi sebelum sekolah dibuka sepenuhnya pada 22 Julai 2020 ini. Sudah pastikan bahawa semula kelengkapan persekolahan anak anda mencukupi? Maklumlah dah cuti lama ni, pastinya ada yang dah berkurangan dan perlu ditambah.

Jangan risau nak dapatkan di mana, MYDIN kini mengadakan promosi bagi kelengkapan kembali semula ke sekolah bermula dari 10 Julai hingga 31 Julai 2020. Pelbagai barangan kelengkapan sekolah seperti beg sekolah sandang dan troli, pensel warna, bekas pensel, set alat tulis dan buku-buku bacaan semua ada pada harga yang amat berpatutan boleh didapati di cawangan MYDIN berhampiran anda.

 

BTS Mailer

 

Bukan sahaja barangan kelengkapan sekolah, ibu bapa juga boleh dapatkan kit keselamatan seperti pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan tisu basah bagi melindungi mereka dari penyebaran wabak COVID-19.

Tak sabar kan? Jadi tunggu apa lagi, jomlah ke MYDIN sekarang!

Selamat kembali semula ke sekolah dari kami warga MYDIN, ingat ya dalam bergembira bersama kawan-kawan, jangan lupa patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.