Back
13 June 2014

AIDILADHA LEBIH BERMAKNA BERSAMA YANG TERSAYANG DI MYDIN

 

Salam Aidiladha buat umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia. Meskipun tahun ini rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci ekoran daripada pandemik, namun begitu kita amat bersyukur dapat meraikan Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan. Yelah kan, perayaan Aidilfitri yang lepas kita tidak dapat pulang ke kampung halaman akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Pastinya kali ini, ramai yang dah merancang dan bakal mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman untuk bertemu sanak-saudara dan rakan taulan. Bagi mereka yang masih belum membuat persiapan perayaan, MYDIN sedang mengadakan promosi sempena AidilAdha serta tawaran istimewa buat semua bermula dari 23 Julai sehingga 9 Ogos 2020 bagi melengkapi sambutan kali ini.

Sudah tentulah MYDIN menyediakan pelbagai tawaran segmen yang menarik dan istimewa! Siapa tak kenal bahawa MYDIN amat sinonim dengan kelengkapan Hari Raya daripada koleksi baju raya kepada kelengkapan rumah dan juga pelbagai barangan makanan dan kuih-muih. Tak kisahlah samada berkeluarga atau berpasangan ataupun solo – di MYDIN semuanya ada pada harga yang sangat berpatutan.

Dalam bergembira, mereka yang susah jangan dilupa. Bagi yang ingin menderma dan membantu golongan yang memerlukan, bolehlah mendapatkan barangan dari mana-mana cawangan MYDIN yang berdekatan. Kami bersedia memberikan potongan harga bagi tujuan murni ini khususnya bagi barangan bukan makanan.

 

Salam Aidiladha Mailer

Klik gambar di atas untuk lihat lebih banyak promosi.

 

Yang paling penting sekali, jangan lupa dan leka untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sentiasalah mengamalkan pemakaian pelitup muka ketika berada di luar dan ketika berkunjung ke rumah saudara mara. Sentiasa utamakan penjagaan kendiri dan amalan kebersihan diri serta penjarakan sosial 1 meter bagi keselamatan bersama. Rancang perjalanan anda dan sentiasa berhati – hati di jalan raya agar selamat tiba ke destinasi.

Selamat Hari Raya Aidladha dari kami warga kerja dan pengurusan MYDIN buat semua umat Muslimin dan Muslimat. Semoga Aidiladha tahun ini memberi lebih makna tentang erti pengorbanan dan merapatkan lagi ukhwah sesama kita.