Had Pembelian susulan COVID-19

Para Pelanggan MYDIN yang dihargai,

Bagi memastikan bekalan keperluan harian dan makanan sentiasa mencukupi untuk semua rakyat Malaysia, penjualan barangan berikut terpaksa dihadkan kepada 2 unit atau pek bagi setiap pelanggan buat sementara waktu :-

  1. Beras (semua jenis).
  2. Minyak Masak (semua jenis).
  3. Gula Pasir.
  4. Tepung Gandum.
  5. Telur Ayam.
  6. Topeng Muka - 3 lapisan.
  7. Sarung Tangan Pembedahan Lateks.
  8. Cecair Pembasmi Kuman.
  9. Cecair Pembersih.
  10. Cucian Tangan - Antibakteria.
  11. Pencuci Lantai - Antibakteria.
  12. Peluntur.
  13. Tisu Tandas.
  14. Tisu Dapur.
  15. Lampin Dewasa.
  16. Lampin Bayi.
  17. Roti.
  18. Bawang Merah Besar.

Kami mohon kerjasama baik dari semua pihak dalam menempuhi situasi masa kini. Teruskan bertenang dan membantu antara satu sama lain agar keadaan ini segera pulih dan had pembelian sementara ini dapat dimansuhkan.

Salam hormat dan kami hargai segala sokongan dan pertimbangan baik anda. 

Sekian, terima kasih.