CSR MYDIN Prihatin

Mydin Mohamed Holdings Berhad telah mula mengumpul dana dengan pembelian setiap produk jenama terpilih untuk disumbangkan kepada golongan sasaran terpilih bermula 13 April hingga 21 Jun 2020. Objektif mengumpul dana tabung ini adalah untuk disumbangkan dalam program tanggungjawab sosial korporat ketika Sambutan Ulang Tahun MYDIN yang ke 63 dan bagi program Kembali Ke Sekolah akan datang. Dana tabung tersebut bakal disumbangkan kepada golongan sasaran termasuk rumah anak-anak yatim, rumah orang tua dan juga golongan asnaf yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Program ini mendapat kerjasama daripada 5 syarikat pembekal berjenama iaitu Antabax, Enrico’s, Certainty, Kiara dan Lady’s Choice. Setiap belian daripada produk terpilih jenama tersebut, RM0.10 hingga RM0.50 akan dikumpul dan disalurkan ke tabung MYDIN Prihatin. Selain itu, setiap jumlah pembelian produk keluaran MYDIN di platform e-dagang Shopee, RM0.10 turut akan disumbangkan ke tabung tersebut.

Dalam program MYDIN Prihatin 2019, MYDIN telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM150,00.00 dan dana tersebut telah disumbangkan kepada 14 rumah kebajikan seluruh negara. Bagi tahun ini, MYDIN yang menjalankan kempen kerjasama ini di seluruh pasar rayanya menjangkakan kutipan sebanyak RM200,00.00 bagi membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya mereka yang terkesan akibat wabak pandemik COVID-19.

Mailer