MyDebit Je dengan kad ATM anda dan MENANG!

Mailer


TERMA DAN SYARAT

Penganjur & Kelayakan

1. Peraduan “MyDebit Je Dengan Kad ATM Anda Dan Menang[“Peraduan”] ini dianjurkan bersama oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad (No Syarikat :199101011136)  (221448-A) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (No. Syarikat: 2000801035403 (836743-D)) (PayNet) [“Pihak Penganjur”]. 

2. Peraduan ini terbuka kepada semua Pemegang Kad Mesin Automatik ["ATM"] MyDebit yang dikeluarkan oleh institusi kewangan yang terlibat dengan servis MyDebit di Malaysia. Pemegang Kad ATM MyDebit tersebut mestilah penduduk tetap di Malaysia atau warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dan mempunyai kad pengenalan diri yang sah semasa Tempoh Peraduan [“Peserta”]. Peserta juga mesti mempunyai akaun yang sah dengan mana-mana institusi kewangan di Malaysia, tidak dorman dan dalam kedudukan kewangan yang baik, semasa Tempoh Peraduan sehingga penebusan Hadiah.

3. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:

  • Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu, anak syarikat atau yang berkaitan dengannya] serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
  • Wakil, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan atau ejen promosi bagi pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga mereka yang terdekat [anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].

Tempoh Peraduan & Kriteria Penyertaan

4. Peraduan ini akan berlangsung dari 4 Mei 2020 sehingga 26 Julai 2020 jam 11:59PM (Waktu Malaysia) [“Tempoh Peraduan”]

5. Sebarang penyertaan yang diterima selepas dari Tempoh Peraduan adalah ditolak dan tidak sah.

6. Hanya pembayaran/transaksi menggunakan kad ATM MyDebit diterima menyertai Peraduan ini. Peraduan yang diterima di luar tempoh Jadual Peraduan Mingguan adalah tidak sah dan akan dibatalkan. Sebagai contoh: slip transaksi bertarikh 7 Mei 2020 (di dalam Minggu 1 Jadual Mingguan) mesti dihantar pada atau sebelum 10 Mei 2020. Slip transaksi tersebut tidak lagi sah untuk penyertaan Peraduan mingguan yang seterusnya [“Jadual Mingguan”].

  • Jadual Peraduan Mingguan (12 minggu keseluruhan) [“Jadual Mingguan”]:
    • Minggu 1: 4 Mei – 10 Mei 2020
    • Minggu 2: 11 Mei – 17 Mei 2020
    • Minggu 3: 18 Mei – 24 Mei 2020
    • Minggu 4: 25 Mei – 31 Mei 2020
    • Minggu 5: 1 Jun – 7 Jun 2020
    • Minggu 6: 8 Jun – 14 Jun 2020
    • Minggu 7 : 15 Jun – 21 Jun 2020
    • Minggu 8: 22 Jun – 28 Jun 2020
    • Minggu 9: 29 Jun – 5 Julai 2020
    • Minggu 10: 6 Julai – 12 Julai 2020
    • Minggu 11: 13 Julai – 19 Julai 2020
    • Minggu 12: 20 Julai 2020 – 26 Julai 2020
  • Jadual Peraduan Utama:
    • Tempoh: 4 Mei 2020 sehingga 26 Julai 2020

7. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, melanjutkan atau menamatkan Peraduan ini mengikut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu.

8. Hanya pembelian minimum bernilai RM50 dan ke atas di mana-mana pasar raya MYDIN dengan menggunakan kad ATM MyDebit sebagai mod pembayaran yang dibuat dalam Tempoh Peraduan  (dengan resit transaksi yang dicetak dengan jelas bersama-sama resit transaksi MyDebit) berkelayakan diambil kira sebagai penyertaan yang sah [“Bukti Pembelian”]. Peserta yang terpilih sebagai pemenang [“Pemenang”] adalah diwajibkan untuk mengemukakan Bukti Pembelian (asal) sebelum penebusan Hadiah boleh disempurnakan. Kegagalan membuat sedemikian akan mengakibatkan pembatalan kemenangan Hadiah yang dimenangi oleh Pemenang tersebut. 

Cara Penyertaan

9. Setiap penyertaan perlu disertakan dengan satu Bukti Pembelian yang dibuat dalam Tempoh Peraduan di mana-mana pasar raya MYDIN. Penyertaan boleh dihantar melalui mana-mana satu dari cara berikut: 

Cara penyertaan Satu (1): Melalui aplikasi WhatsApp

  • Setiap penyertaan yang lengkap hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
    1. Ambil gambar Bukti Pembelian dan simpan Bukti Pembelian tersebut;
    2. Hantar gambar Bukti Pembelian bersama-sama penyertaan anda melalui telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp ke nombor 011 2611 9785;
    3. Peserta akan mendapat balasan mesej (soalan Peraduan, notis privasi) melalui aplikasi WhatsApp dalam tempoh 48 jam (pada hari bekerja); dan
    4. Peserta perlu membalas mesej dengan bersetuju kepada notis privasi serta memberi jawapan yang betul kepada 011 2611 9785.

Cara penyertaan Dua (2): Melalui aplikasi Whoop app (dimuat turun melalui Play Store untuk Android/App Store untuk iOS)

    1. Daftar di Whoop! app (pendaftaran untuk kali pertama sahaja);
    2. Klik pada imej Peraduan “MyDebit Je Dengan Kad ATM Anda Dan Menang”;
    3. Ambil gambar Bukti Pembelian dan simpan Bukti Pembelian tersebut;
    4. Jawab soalan Peraduan dengan betul dan maklumat yang diperlukan;
    5. Peserta akan mendapat balasan penerimaan mesej Peraduan dengan serta merta;
    6. Dengan menghantar penyertaan melalui Whoop! app, Peserta adalah dianggap telah membaca dan bersetuju pada notis privasi yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat di sini.

Perhatian: Dengan setiap pembelian bernilai RM50 dan ke atas yang sah (di dalam satu slip transaksi) SATU(1) nombor siri khusus akan diberikan secara automatik  (di dalam senarai komputer). (Sila ambil perhatian: bagi setiap jumlah terkumpul bernilai RM50 = 1 nombor siri (1 penyertaan), RM100 = 2 nombor siri (2 penyertaan), RM150 dan ke atas = maksimum 3 nombor siri (3 penyertaan). Nombor siri ini adalah untuk tujuan rujukan Penganjur sahaja. Ianya tidak akan didedahkan kepada Peserta.

10. Bukti Pembelian hanya boleh digunakan sekali sahaja. Penyertaan Peserta akan dibatalkan jika Bukti Pembelian yang sama digunakan lebih dari SATU (1) kali.

11. Setiap Peserta hanya layak untuk memenangi SATU (1) Hadiah Mingguan dan/atau SATU (1) Hadiah Utama sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.

12. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai (jika berkaitan). Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menukar Hadiah yang disediakan dengan hadiah yang sama nilai tanpa pemberitahuan terlebih dahulu atas budi bicara tunggal dan mutlaknya.

13. Pihak Penganjur, agensi, afiliasi, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap Hadiah yang rosak atau penyalahgunaan mana-mana Hadiah, atau apa-apa tuntutan, liabiliti, kerugian atau kerosakan yang timbul berkaitan dengan Peraduan ini.

14. Peserta dikehendaki mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah sebelum proses penebusan Hadiah. Ini adalah bertujuan untuk menyempurnakan proses pengesahan Peserta/Pemenang. Bukti Pembelian yang pudar atau rosak adalah tidak sah dan akan dibatalkan untuk Peraduan ini.

Pemilihan Pemenang

15. Pemenang akan dipilih berdasarkan perkara berikut:

    1. Pemilihan Pemenang Hadiah Peraduan Mingguan: Pada setiap akhir tempoh Jadual Mingguan, Peserta yang layak akan disenarai pendek secara rawak mengikut tempoh Jadual Mingguan (sebagai contoh hanya penyertaan Minggu 1 layak dicabut dan memenangi pada Minggu 1 tersebut) oleh sistem pemilihan automatik berdasarkan jumlah penyertaan yang diperolehi dalam minggu tersebut sepanjang Tempoh Peraduan ("Peserta Terpilih”).

    2. Pemilihan Pemenang Hadiah Peraduan Utama: Pemenang akan dipilih selepas tamat Tempoh Peraduan. Peserta yang layak akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan automatik berdasarkan jumlah penyertaan yang layak diperolehi sepanjang Tempoh Peraduan ("Peserta Terpilih”).

16. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, hanya penyertaan yang dihantar mengikut tempoh Jadual Mingguan berkaitan layak memenangi mana-mana satu Hadiah untuk tempoh tersebut. Sebagai contoh, sekiranya Bukti Pembelian bertarikh 7 Mei 2020, ia hanya layak dihantar untuk tempoh Minggu 1 sahaja dan hanya layak untuk pemilihan Hadiah bagi tempoh tersebut. Penyertaan tersebut tidak layak untuk tempoh-tempoh lain. Seterusnya pemilihan pemenang untuk tempoh Jadual Mingguan yang berikutnya adalah dibuat dengan penyertaan untuk minggu berkaitan sahaja.

17. Peserta boleh menghantar lebih dari SATU penyertaan tetapi setiap penyertaan perlu dilengkapkan mengikut tatacara yang dinyatakan di Klausa 9.

18. Peserta akan dihubungi melalui cara berikut:

    1. Hadiah Peraduan Mingguan - selepas tamat tempoh bagi setiap tempoh Jadual Mingguan, sekiranya Peserta Terpilih tidak dapat dihubungi (melalui telefon atau melalui kaedah komunikasi yang lain), atau gagal menjawab kesemua soalan dengan tepat atau tidak menyertakan penyertaan yang lengkap, Penganjur berhak membuat cabutan rawak seterusnya dan mengisytihar Peserta Terpilih yang berjaya menjawab kesemua soalan dengan tepat dan mempunyai penyertaan lengkap sebagai Pemenang.

    2. Hadiah Peraduan Utama - selepas tamat Tempoh Peraduan, sekiranya Peserta Terpilih tidak dapat dihubungi (melalui telefon atau melalui kaedah komunikasi yang lain), atau gagal menjawab kesemua soalan dengan tepat atau tidak menyertakan penyertaan yang lengkap, Penganjur berhak membuat cabutan rawak seterusnya dan mengisytihar Peserta Terpilih yang berjaya menjawab kesemua soalan dengan tepat dan mempunyai penyertaan lengkap sebagai Pemenang

19. Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur berhubung Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada, senarai pendek, pemilihan Pemenang, Hadiah dan pelucutan hak Hadiah adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan. Pemilihan Pemenang adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan dan kriteria penyertaan yang ditentukan mengikut budi bicara mutlak Penganjur.

Hadiah & Penebusan

  • Hadiah Peraduan Mingguan (jumlah keseluruhan 1200 pemenang):
    Baucar tunai MYDIN RM200 x 1200 pemenang (100 pemenang setiap minggu x 12 minggu; Rujuk: Jadual Mingguan)
  • Hadiah Peraduan Utama (jumlah keseluruhan 40 pemenang):
    • Hadiah Utama: Wang bernilai RM5,000 (dikreditkan terus ke dalam akaun pemenang) X 10 pemenang
    • Hadiah Pertama: Wang bernilai RM2,500 (dikreditkan terus ke dalam akaun pemenang) x 10 pemenang
    • Hadiah Kedua: Wang Bernilai RM1,500 (dikreditkan terus ke dalam akaun pemenang) x 10 pemenang
    • Hadiah Ketiga: Baucar tunai MYDIN RM1000 x 10 pemenang
  • Sejumlah satu ribu dua ratus empat puluh (1240) Hadiah untuk dimenangi.

20. Hadiah tidak termasuk apa-apa cukai yang berkaitan.

21. Segala imej gambar Hadiah yang ditunjukkan dalam apa-apa iklan, promosi publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah semata-mata untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza dengan Hadiah sebenar yang diterima.

22. Hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal Hadiah (jika berkaitan). Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur dan ejennya tidak bertanggungjawab terhadap semua liabiliti yang timbul daripada sebarang penangguhan, pembatalan, kelewatan atau perubahan kepada butir-butir Hadiah atau apa-apa keadaan yang tidak diduga di luar kawalan yang munasabah oleh Pihak Penganjur dan untuk apa-apa perbuatan atau keingkaran oleh mana-mana vendor atau pembekal pihak ketiga.

23. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku kepada Hadiah semasa proses penghantaran. Apa-apa kos tambahan lain (sebagai contoh perbelanjaan perjalanan) yang terlibat untuk menebus atau mengambil Hadiah akan ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang.

24. Penganjur berhak untuk menangguhkan tarikh dan menukar tempat bagi menuntut Hadiah yang telah ditentukan sebelum penebusan Hadiah pada tarikh dan tempat yang lain yang akan dimaklumkan oleh Penganjur kepada Pemenang sekiranya berlaku apa-apa keadaan yang di luar jangkaan.

25. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan/atau bertanggungan terhadap segala kos pengangkutan yang berkaitan dengan penebusan dan/atau penyerahan Hadiah. Apa-apa kos tambahan, duti, cukai dan/atau perbelanjaan sampingan atau caj yang dikenakan berkaitan dengan Hadiah adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang.

26. Penyerahan Hadiah kepada Pemenang yang dipilih bergantung kepada ketersediaan Hadiah yang akan dimaklumkan kepada Pemenang yang dipilih oleh Penganjur dari semasa ke semasa.

27. Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur berhubung dengan Peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai Pemenang dan Hadiah adalah muktamad, dan mengikat. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan dari Peserta tidak akan dilayan.

28. Pihak Penganjur akan menghubungi Peserta Terpilih melalui maklumat yang dibekalkan semasa proses penghantaran penyertaan.

29. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai (jika berkaitan). Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menukar Hadiah yang diiklankan dengan hadiah yang sama nilai tanpa pemberitahuan terlebih dahulu atas budi bicara tunggal dan mutlaknya. Pihak Penganjur, agensi, sekutunya, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap Hadiah yang rosak atau penyalahgunaan mana-mana Hadiah, atau tuntutan, liabiliti, kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini.

30. Peserta dikehendaki mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah semasa atau sebelum penebusan Hadiah untuk tujuan pengesahan penyertaan Peserta/Pemenang. Bukti Pembelian yang tidak boleh dibaca/telah pudar/rosak adalah tidak sah, tidak layak dan akan dibatalkan untuk Peraduan ini.

31. Semua Hadiah tidak boleh dipindah milik.

32. Semua Pemenang mesti menuntut Hadiah mereka dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak Penganjur (melalui SMS atau lain-lain bentuk komunikasi) selepas tamat Tempoh Peraduan. Sekiranya Pemenang gagal untuk menuntut Hadiah mereka atau menamakan seorang wakil dalam masa yang diperuntukkan, Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan Hadiah atau memberikan Hadiah tersebut kepada Pemenang lain. Pemenang perlulah mengemukakan bukti identiti untuk menebus/menerima Hadiah mereka.

33. Sekiranya Pemenang memerlukan seorang wakil untuk menuntut Hadiah bagi pihak mereka, wakil Pemenang hendaklah membawa surat wakil kebenaran yang ditandatangani oleh Pemenang bersertakan salinan dokumen pengenalan diri Pemenang dan wakilnya.

Hak Pihak Penganjur

34. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberikan kebenaran kepada Penganjur menggunakan dan menyiarkan nama-nama dan gambar-gambar Peserta/Pemenang bagi tujuan pengiklanan, publisiti dan/atau untuk apa-apa tujuan lain, tanpa sebarang notis terdahulu, bayaran royalti atau pampasan kepada Peserta/Pemenang. Pemenang/Peserta adalah tidak mempunyai hak untuk menuntut sebarang pemilikan atau apa-apa bentuk pampasan terhadap material tersebut.

35. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan Hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

36. Jika atas apa-apa sebab Peraduan ini tidak mampu berlangsung seperti yang dirancang atas sebab (dan tidak terhad) seperti penyebaran virus komputer, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, apa-apa perintah kerajaan tidak terhad kepada perintah kawalan pergerakan atau apa-apa sebab di luar kawalan Pihak Penganjur, pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan, menunda, mengubah suai, atau menggantung Peraduan ini.

37. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan jika didapati atau disyaki menipu/menggodam/ menyalahgunakan proses penyertaan Peraduan ini, operasi Peraduan atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat-Syarat Peraduan ini.

38. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah Terma dan Syarat Peraduan ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberikan notis terlebih dahulu.

39. Sebagai tambahan kepada Terma dan Syarat ini, arahan atau kaedah Peraduan seperti yang dijelaskan di https://mydin.com.my/ atau sebaliknya, juga akan mengikat semua penyertaan Peserta dalam Peraduan ini.

40. Jika berlaku apa-apa percanggahan di antara Terma dan Syarat ini dan apa-apa terma yang terkandung dalam sebarang bahan promosi untuk Peraduan ini, terma yang terkandung di https://mydin.com.my/ akan diguna pakai.

41. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu, versi Bahasa Melayu akan diguna pakai.

42. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada pihak Penganjur atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh Penganjur untuk memproses data peribadi Peserta yang diberikan untuk tujuan Promosi.

43. Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau apa-apa jenis perbelanjaan yang dibuat oleh Peserta yang berkaitan dengan Peraduan ini (sama ada untuk tujuan menyertai, menghantar penyertaan atau menerima apa-apa manfaat atau Hadiah daripada Peraduan ini) adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang/Peserta. Pihak Penganjur, ahli gabungan, atau ejen yang sah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kos/ caj/yuran/perbelanjaan yang tersebut.

44. Pihak Penganjur, sekutunya dan pihak ketiga yang sah tidak menerima sebarang liabiliti tidak terhad kepada untuk penyertaan yang hilang, rosak, lewat atau atas sebarang kesilapan teknikal.

Liabiliti dan Tanggungjawab

45. Peserta dan Pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab untuk apa-apa liabiliti yang terjadi akibat daripada kecuaian atau perbuatan sengaja Peserta/Pemenang yang disebabkan penyertaan mereka di dalam Peraduan ini dan/atau penebusan dan/atau penggunaan Hadiah, Peserta dan Pemenang bersetuju untuk melepaskan pihak Penganjur dan agensinya dari sebarang tuntutan bagi liabiliti tersebut.

46. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, tidak di dalam apa-apa keadaan Penganjur atau pegawai, pekerja, wakil dan / atau ejen (termasuk, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang berurusan dengan Penganjur untuk tujuan Peraduan ini) bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul disebabkan kecuaian atau perbuatan sengaja oleh Peserta berkaitan dengan Peraduan ini.

47. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat Peraduan ini dan semua keputusan pihak Penganjur.

48. Terma dan Syarat ini ditadbir dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan adalah di bawah bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

Perlindungan Data

49. Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta bersetuju dan memberi kebenaran kepada pihak Penganjur untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses nama mereka, nombor kad pengenalan (KP) yang telah ditutupkan dan butir-butir lain ["Data Peribadi"] untuk tujuan menjalankan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengumuman dan penerbitan Data Peribadi dan/atau foto Pelanggan di laman web Penganjur untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

50. Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta bersetuju dan memberi kebenaran kepada bank masing-masing untuk berkongsi dan mendedahkan Data Peribadi Peserta kepada Pihak Penganjur untuk tujuan menjalankan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemilihan Pemenang (jika perlu).

51. Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta juga memberi persetujuan dan kebenaran mereka untuk berkongsi atau mengumpul Data Peribadi mereka termasuk dengan pihak ketiga (jika diperlukan) tidak terhad kepada mana-mana institusi kewangan bagi memproses Data Peribadi Peserta. Semua pihak ketiga tersebut dikehendaki secara kontrak, tidak menggunakan Data Peribadi Peserta selain dari cara yang dinyatakan di sini.

52. Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk:

    1. Hak untuk menarik balik kebenaran untuk penggunaan Data Peribadi pada bila-bila masa dengan menghubungi Penganjur di alamat kontak yang dinyatakan di bawah yang disediakan Penganjur dengan nama dan alamat e-mel Peserta untuk penghapusan Data Peribadi tersebut;

    2. Hak untuk mendapatkan salinan Data Peribadi yang dimiliki oleh Penganjur; dan

    3. Hak untuk membetulkan Data Peribadi yang tidak tepat.

53. Sebarang isu perlindungan data bersama Penganjur, aktiviti berkenaan hak undang-undang bagi Peserta, sila rujuk laman web pihak Penganjur di https://mydin.com.my/ atau menghubungi talian pelanggan Penganjur di +603 7802 8928.

54. Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk menyimpan Data Peribadi Peserta dengan selamat, dan memerlukan pemprosesan data dari pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Bagaimanapun, Penganjur boleh mendedahkan Data Peribadi Peserta jika dikehendaki oleh undang-undang, waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.

55. Apa-apa perkara berkaitan Data Peribadi yang berhubung kait dengan Peraduan ini akan ditadbir dan diuruskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan apa-apa undang-undang yang berkaitan di Malaysia.

[TAMAT]